HANTAR ARTIKEL: Laman web ini dikendalikan dan dimiliki semua rakyat Malaysia. Justeru, sesiapa juga boleh menghantar bahan dalam bentuk analisis, artikel, berita, maklumat, pendapat dan sebagainya. Emailkan kepada nurmarhaen@gmail.com I TERKINI: Sila 'refresh' untuk melihat berita terkini dari semasa ke semasa.

Pojok: Ahli Parlimen Sabah setaraf budak sekolah?

Friday, August 29, 2008

Rasa nak tergelak gila. Apa tidaknya.Sebelum ini taraf budak universiti dan kakitangan kerajaan diperlekehkan apabila dipaksa menandatangani akujanji. Kini ahli parlimen Sabah pula dicadangkan berbuat demikian.

Hebat pemimpin Malaysia.Terpaksa guna akujanji untuk memastikan orang lain tunduk patuh kepada mereka.

Ini tentu sekali sesuatu yang malang. Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Anifah Aman sendiri, seperti dilapor akhbar the Star, menyifatkan cadangan itu "an insult to the Sabah MPs".

Hai pemimpin, seperti kata budak lawak kelakar si Nabil - kamu ada otak, kamu fikirlah sendiri! - Nur Marhaen

0 comments: