HANTAR ARTIKEL: Laman web ini dikendalikan dan dimiliki semua rakyat Malaysia. Justeru, sesiapa juga boleh menghantar bahan dalam bentuk analisis, artikel, berita, maklumat, pendapat dan sebagainya. Emailkan kepada nurmarhaen@gmail.com I TERKINI: Sila 'refresh' untuk melihat berita terkini dari semasa ke semasa.

Artikel: Entri pertama

Tuesday, August 26, 2008

Nur = Cahaya (Kuasa)
Marhaen = Rakyat
Nur Marhaen = Kuasa Rakyat !

"Kutulis blog ini demi tanahairku, tempat tumpahnya darahku..."

Saya mahu memulakan entri pertama ini dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Syukur kerana Dia masih mengurniakan kudrat untuk saya menggerakkan jari jemari dan menganugerahkan penglihatan untuk dapat mencatatkan sesuatu demi tanahair saya - tempat tumpatnya darah saya.


Sudah lama saya meneliti dan mengamati - tulisan demi tulisan, pandangan demi pandagan - terutama dalam bentuk blog. Akhirnya saya ikut terpanggil untuk menyertai komuniti media baru ini yang saya mungkin boleh namakan sebagai komuniti pemblog (?).

Dan dengan analisis kritis, blog ini mahu turut menyumbang kupasan serta idea yang kemudiannya diharap mampu, jika pun tidak banyak, menjadi input berguna ke arah membentuk negara ini menjadi tempat lebih sesuai dan selesa didiami.

0 comments: