Tuesday, August 26, 2008
Blog ini mengucapkan tahniah kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang muncul sebagai 'pemenang' dalam pertarungan paling sengit di antara banyak pilihanraya kecil setakat ini.
Datuk Seri Anwar memenangi pilihan raya kecil itu dengan majoriti besar, iaitu 15,671 mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Mamat daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).
Daripada banyak komen atau ulasan berhubung keputusan pilihanraya itu, blog ini tertarik dengan kenyataan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak. Beliau menyifatkan keputusan pilihanraya kecil itu membuktikan BN tetap mengamalkan prinsip demokrasi tanpa sebarang manipulasi.
Mendengar ulasan itu dan mengukurnya dengan beberapa petunjuk sepanjang pilihanraya terbabit, termasuk 'kebobrokan media perdana' membuat liputan terbias, blog ini mahu mengambil sikap untuk menyifatkan kenyataan Datuk Seri Najib sebagai 'kenyataan yang culas' dan gagal memahami mesej jelas daripada keputusan itu.
Sepatutnya mesej daripada keputusan pilihanraya kecil itu berbunyi begini:
"Tidak semua rakyat negara ini dapat diperbodohkan oleh media perdana, habuan ringgit, manipulasi jentera kerajaan dan taktik culas suku sakat parti pemerintah".
Sepatutnya mesej ini dapat didengar, dilihat, dibaca dan difahami secara amat jelas dan nyaring oleh semua pihak, termasuk Datuk Seri Najib dan suku sakat parti pemerintah.
Rakyat bijak, rakyat berkuasa. Rakyat berkuasa, rakyat merdeka. - www.nurmarhaen.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment