HANTAR ARTIKEL: Laman web ini dikendalikan dan dimiliki semua rakyat Malaysia. Justeru, sesiapa juga boleh menghantar bahan dalam bentuk analisis, artikel, berita, maklumat, pendapat dan sebagainya. Emailkan kepada nurmarhaen@gmail.com I TERKINI: Sila 'refresh' untuk melihat berita terkini dari semasa ke semasa.

Anwar hipokrit?

Monday, September 15, 2008

Sekali lagi Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Paduka Ibrahim Ali yang cukup kontroversi, bersuara. Kali ini komennya mengenai Pemimpin PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jika benarlah berita bertajuk
'Anwar branded a hypocrite on ISA' seperti dilaporkan The Star hari ini dan dengan andaian ia tidak disalah petik (misquote) oleh wartawan terbabit, berita itu boleh diterjemahkan sebagai berikut:


"KOTA BARU: Ahli Parlimen bebas,
Datuk Paduka Ibrahim Ali meminta pemimpin de facto PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhenti bersikap hipokrit berhubung Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Katanya, ketika Anwar menjadi menteri pusat pada 1987, beliau mempertahankan tindakan kerajaan menggunakan ISA dalam 'Operasi Lalang'.

“Tetapi sekarang, Anwar meminta Exco Selangor, Theresa Kok dibebaskan.

"(Lihatlah) betapa ironiknya. Apabila saya antara mereka yang ditahan di bawah Ops Lalang, Anwar membisu.

"Saya tidak dapat menerima Anwar kerana (beliau) hipokrit dalam politik," kata Ibrahim."

Untuk berita penuh versi bahasa Inggeris, sila baca di sini

Benarkah Anwar hipokrit atau ia sebahagian daripada kerangka helah dan strategi dalam perjuangan politik?

Sebaliknya, tidakkah tindakan Ibrahim sendiri boleh juga dipersoalkan? Tidakkah tindakan Ibrahim 'ke sana ke mari' (lompat parti) boleh turut ditafsirkan ada unsur hipokrit?

Memandangkan Ibrahim dan Anwar adalah 'rakan sepermainan' sejak zaman perjuangan mahasiswa dulu, mungkin juga akan ada pihak mengandaikan bahawa 'ada perkara belum selesai' di antara kedua-duanya sehingga menyebabkan nampak sangat Ibrahim banyak tidak bersetuju dengan Anwar.

Tetapi itu semua hanya andaian yang belum tentu sahih. Dan penulis tidak bertujuan memanjangkan sendiri analisis ini, sebaliknya mengajak semua pembaca atau pelayar laman web ini untuk sama-sama memberi komen berhubung persoalan 'Anwar hipokrit' ini.

Penulis tidak bertujuan membicarakan Anwar di ruang siber, tetapi memandangkan beliau disebut-sebut bakal Perdana Menteri, elok juga kita sebagai rakyat mengambil sedikit ruang untuk menyatakan pandangan membahaskan perkara ini secara objektif, adil, bebas emosi, bebas fitnah dan tiada elemen 'mengada-ngada benda yang tidak ada'.

Sebaliknya, berikan komen anda (pro atau kontra) berserta hujah atau alasan yang benar serta munasabah.

Perbincangan dan pendapat juga tidak tertakluk kepada ISA sahaja, malah aspek lain juga membabitkan Anwar.

Jernihkan pemikiran ketika membuat komen atau ulasan agar kita mendapat seorang pemimpin yang benar-benar berfaedah kepada rakyat.

Anwar sendiri atau pejabatnya atau wakil sah beliau juga dialu-alukan membuat penjelasan balas terhadap mana-mana komen atau ulasan berhubung 'Anwar hipokrit'. - http://nurmarhaen.blogspot.com





1 comments:

Nur Marhaen said...

Komen..

IP80 said...

Pada pandagan saya.

Kunci Utama dalam pembentukan Kerajaan Baru (PR) ada lah terletak di bahu Anwar.

Setakat ini beliau berjaya menyatukan padukan berbagai party yang ada,bagi menentang kezaliman UMNO dan rakan kongsinya.

Jika dilihat Anwar,sejak dari awal,.ia itu ketika di Universiti lagi sudah nampak perjuangannya kearah menegakkan Islam.

Jika tidak mengapa beliau sanggup di tahan , kerana berdemo semata mata utk menunjukan simpati terhadap rakyat Selatan Thai yg. beragama Islam , yang di zalimi oleh Raja Mereka ia itu sekitar tahun tahun 70hn.

Kerana kecenderungan nya itu juga lah beliau di berikan kepercayaan memimpin ABIM ,dan ketika menjadi Menteri Pelajaran,beliau telah menjadikan pelajaran Agama Islam sebagai subject keutamaan seperti jua Sains dan Maths.

Kemasukan nya dalam UMNO ada lah hasil dorongan dan rasa tanggung jawabnya untuk menerapkan kefahaman Islam sebenarnya dlm pentadbiran/ pemerentahan di Negara ini..

Kerana itu Jika terbentuk lah kerajaan baru (PR)dan Anwar menjadi pemimpin/PM,.

Maka kita tidak harus ragu ragu,bahawa Anwar lah Pemimpin yang kita tunggu tunggu selama ini untuk membawa KEADILAN,Kemakmuran di Negara Malaysia yang kita cintai.

Sebaliknya Dato,Ibrahim Ali.

Tidak mempunyai keupayaan itu ,w/pun die juga terlibat dalam Demo yg.sama sekitar 70hn.

Terlibat dlm UMNO,tidak mencapai tahap yg.di perlukan.

Malah kerana ke egoannya,serta sifat kedaerahan yg.menebal dalam jiwa nya menyebabkan dirinya terpinggir.

Die cuba untuk menyelinap masuk,bagi menampakan dirinya setaraf dgn orang lain,tetapi komen yg.berlebihan terutama ketika Anwar tersingkir dalam tahun 1998,menyebabkan orang menganggap die lebih sudu dari kuah.

Bertambah malang lagi Dato ni, bila diberi peluang oleh TGNA untuk menggunakan lambang PAS dlm PRU12 lalu,telah tidak menunjukan sikap orang berbudi kita berbahasa.

Maka bagi saya ,jika di bandingkan dgn Anwar,macam langit dengan bumi.,dan pasti nya bila Anwar jadi PM,Dato ini akan kembali menganggor seperti sebelum ini,dan kembali duduk di Restoran di Taman Melawati,berhampiran Zoo Negara.

Jgn Maree!!!saya baca sejarah kedua duanya.

Oleh: Inderaputra